Translate

Senin, 15 April 2013

berbagai macam merpati hias

Pameran merpati

Pembiak merpati hias dari pelbagai negara mempamerkan burung-burung mereka di peringkat daerah, negeri dan negara dan bertanding antara satu sama lain bagi merebut hadiah.Sebuah pameran biasa di Australia mempunyai beratus-ratus merpati yang dipertandingkan dan menawarkan hadiah bagi pemenang.
Beberapa peminat telah mengadakan pameran hanya untuk merpati hias sahaja; salah satunya yang diadakan pada setiap tahun di Blackpool, England yang dianjurkan oleh Persatuan Merpati Pos Diraja telah dikunjungi oleh 25,000 orang pengunjung. Sejumlah £80,000 keuntungan yang diperolehi dari pameran ini telah didermakan kepada pertubuhan kebajikan.
Pameran terbesar diadakan di Nuremberg, Jerman yang mana menjadi lokasi bagi Pameran Merpati Kebangsaan Jerman. Sejumlah lebih daripada 33,500 ekor merpati telah dipamerkan pada tahun 2006.

Merpati hias dari baka terkenal

Sistem penggelasan ini diterima pakai berdasarkan buku standard The Australian Fancy Pigeons.[6] Di mana pertimbangan diberikan kepada buku standard baru UK yang mana berdasarkan sistem kumpulan Jerman dan Eropah. Versi ini sedikit berbeza dari sistem kumpulan Eropah here.

Bulu dan suara (baka Asia)

Seekor merpati merak mengembangkan ekornya

Warna

Danish Suabian
Kebanyakan jenis ini berasal dari Jerman. Kepelbagaian jenis berdasarkan pemilihan warna dan tanda.

Bulu balik dan burung hantu

Seekor Owl Afrika
Perkataan "Frill" atau "ropol" di sini merujuk akan ciri ropol yang terdapat pada bahagian dada merpati. Merpati di dalam kumpulan ini juga memiliki paruh pendek.

Merpati Homer dan Ayam betina

Merpati Homing

German Beauty Homer
Kumpulan ini mengumpulkan baka-baka yang asalnya dibiakkan kerana keupayaan untuk pulang ke sarang. Ia termasuk jenis pameran merpati lumba.

Merpati ayam

Merpati dalam kumpulan ini dikelaskan sebagai merpati ayam betina di sebabkan bentuk ekornya yang menyerupai ayam betina.

Pouter dan Cropper

Pouter Pigmy
Kumpulan ini terdiri dari baka-baka yang dibiakkan kerana kemampuannya untuk mengembungkan temboloknya.

Tumbler pameran

Crested Helmet
Asalnya anggota di dalam kumpulan ini adalah baka-baka tumbler tetapi kini diperbaiki bagi digunakan untuk tujuan pameran atau kecantikan.

Tumbler dan Highflier

Rencana utama: Merpati Terbang/ Sukan
Tippler
Kumpulan ini memiliki dua kegunaan di sebabkan keupayaan aerobatik atau kesukanan dan juga digunakan dalam pertandingan lumba.

Daging

Rencana utama: Merpati utiliti
Seekor Carneau merah
Termasuk baka-baka asalnya yang dibangunkan untuk pengeluaran dagingnya (squab).


5 komentar:

  1. Bagus2. Mantap. Pingin ternak tapi mahal. Gak ada yang murah ta .seperti saya ni kalangan orang bawah .gsk mampu bli merpati mahal

    BalasHapus
  2. Mana gambar merpti hias lainya kok ada nama gak ada gambar link kosong

    BalasHapus
  3. Saya mahu beli burung merpati hias best

    BalasHapus